Wednesday, 3 September 2014
Minggu 2
Sang Kancil dan Sang Gajah
Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik
bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang
kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar
berkali-kali malangnya tidak berjaya.
Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir, "Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini."
Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa. Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.
"Kalau bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain, mesti gajah ni!" Tiba-tiba Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.
Kemudian Sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil, "Eh sang kancil, tengah buat apa?" Tanya si Gajah.
"Menyelamatkan diri!" Jawab Sang Kancil.
"Dari apa?" Tanya gajah lagi.
"Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam." Balas sang kancil.
Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat. "Habis tu macam mana nak selamatkan diri?" Tanya si gajah.
"Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini."
Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.
"Haha, padan muka engkau, selamat aku." Kemudian sang kancil pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi.

Sang Merak dengan Sang Gagak
Alkisah satu masa dahulu di dalam sebuah rimba yang permai
terdapat dua ekor burung yang bersahabat baik iaitu Sang Gagak dan Sang Merak.
Pada masa itu Sang Gagak dan Sang Merak tidak mempunyai warna pada bulu mereka
apatah lagi corak yang menarik
Disebutkan dalam kisah mereka, pada suatu hari sedang mereka bersiar-siar di rimba itu, mereka terjumpa dengan beberapa tong cat yang bermacam-macam warna. Lantas timbullah idea dalam diri Sang Gagak untuk menggunakan cat tersebut untuk mewarnakan dirinya yang tidak berwarna berserta sahabat baiknya.
Hal tersebut dipersetujui oleh Sang Merak yang juga mahukan warna pada badannya. Dia mengemukakan cadangan untuk Sang Gagak melukis di badannya dulu sebelum dia pula mewarnakan badan Sang Gagak.
Sang Gagak yang dikenali sebagai seekor binatang yang kreatif dan berbakat mula melukis corak dan mewarnakan badan sang Merak. Hasilnya Sang Merak kelihatan cantik dengan warna barunya. Sesudah itu tibalah giliran Sang Merak untuk mewarnakan badan Sang Gagak.
Tetapi Sang Merak pula dikenali sebagai binatang yang tidak mempunyai bakat dan amat pemalas. Tanpa mahu memikir panjang, Sang Merak terus mengambil cat hitam dan dicampakkannya ke arah badan Sang Gagak. Hasilnya tubuh Sang Gagak berwarna hitam legam keseluruhannya.
Sang Merak yang kaget dengan kejadian itu terus melarikan diri. Setelah beberapa ketika Sang Gagak sudah tidak sabar untuk melihat dirinya yang baru. Dia berjalan cepat-cepat ke arah sungai berdekatan dan melihat dirinya pada riak air sungai tersebut.
Alangkah terkejutnya sang Gagak apabila melihat dirinya yang berwarna hitam keseluruhannya dari atas hingga ke bawah. Dengan rasa marah yang teramat sangat Sang Gagak terus mencari Sang Merak yang sudah lari jauh ke dalam rimba itu.
Begitulah ceritanya kenapa gagak membuat bunyi, "akk, akk" singkatan kepada "merak, merak". Ada yang mengatakan Sang Gagak terus mencari Sang Merak hingga ke hari ini. Dan Sang Merak terus menyembunyikan diri dari Sang Gagak walaupun dia selalu bermegah-megah dengan kecantikannya.

Minggu 1
1. Harian metro : http://www.hmetro.com.my/
2. Berita harian : http://www.bharian.com.my/
3. Facebook : https://www.facebook.com/
4. Majalah wanita : http://www.mingguanwanita.com.my/
5. Blog akademik : http://hanya-air.blogspot.com/search/label/KSSR?updated-max=2011-01-11T05:43:00-08:00&max-results=20
6. Huraian sukatan pelajaran kemahiran hidup : http://kemahiranhidup2u.blogspot.com/2009/09/huraian-sukatan-pelajaran-kemahiran.html
7. Blog bmm3105 : http://www.blogger.com/profile/00385006322104141804
8. Ayat Inti : http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ainti.htm
9. Kata Ganda http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kganda.htm
10. Kata Arah http://tatabahasabm.tripod.com/tata/karah.htm
11. Kata Keterangan http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kterang.htm
12. Kata Bilangan http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kbilang.htm
13. Kata Pembenar http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kbenar.htm
14. Kata Sendi http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ksendi.htm
15. Kata Pemeri http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kpemeri.htm
16. Kata Nafi http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knafi.htm
17. Kata Penegas http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kpenegas.htm
18. Kata Penguat http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kpenguat.htm
19. Kata Bantu http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kbantu.htm
20. Kata Pangkal http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kpangkal.html
21. Kata Perintah http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kprintah.htm
22. Kata Tanya http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ktanya.htm
23. Kata Ganda http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kganda.htm
24. Sejarah Kemerdekaan Malaysia http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/sejarah_kemerdekaan_malaysia.html
25. Buah- Buahan Tempatan
http://www.angelfire.com/tv2/fruit/
26. Kata Seru http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kseru.htm
27. Kata Sifat http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ksifat.htm
28. Tatabahasa http://www.wilta.org/verbs.htm
29. Golongan Kata Nama http://www.tutor.com.my/stpm/Golongan%20kata%20nama/golongan_kata_nama.htm
30. Pakaian Tradisional di Malaysia http://malaysiana.pnm.my/02/0204010102swkiban_pakaiwanita.htm
31. Pakaian Sabah http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/pakaian_intro.asp
32. Pakaian Tradisional
http://shutterbug.nu/2005/11/pakaian-tradisional/
34. Destinasi pelancongan Di Malaysia http://www.bda.gov.my/bmverse/destinasi/destinasi.htm
35. Pelancongan Di Sarawak
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelancongan_di_Sarawak
36. Hotel di Malaysia http://www.tripadvisor.com/SmartDeals-g293951-Malaysia-Hotel-Deals.html
37. Pertanian http://bmweb.mida.gov.my/cmspreview/eBerita2.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_370ee2fb-d2bb29d0-d9730000-e9cfd8e1
Subscribe to:
Posts (Atom)